Ditangkap di Indonesia Azmin Hilmi

Pada hari Jumaat, 3 Februari 2012, Azmin Helmi, (37 ) ditahan oleh pasukan polis Indonesia di Batam Sentral, pulau Batam, Barat Singapura. Dia didakwa atas kesalahan memiliki dokumen palsu berupa KTP, KK yang dikeluarkan oleh Disduk Pemkot Batam yang ditandatangan oleh Kadisduk Sadri Khairuddin .Pegawai imigresen juga menemukan Akta kelahiran yang dikeluarkan oleh Kantor Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun . Ketika itu dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam . Pegawai Imigresen Batam, Gindo Ginting mengesahkan penahanan itu dan ternyata melanggar Undang-Undang Hukum Pidana Indonesia.[1]

Mulanya pada 15 Februari 2009, dia melarikan diri ke Pelabuhan Tanjung Balai, Karimun Sumatera menggunakan pasport Malaysia dan tinggal bebas selama 30 hari. Seterusnya ke Pekan Baru dan ke Cengkarang , Cingkawang dan Pondok Kelapa Timor Leste melalui sempadan Atambua, ke Jakarta seterusnya ke pulau Batam.[2] Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia (POLRI) belum dapat mengesahkan penangkapan itu.[3] Selama di rantau, kononnya dia dibiayai keluarga dan PKR. Di sana dia belajar tentang sejarah beberapa tokoh pejuang, kegiatan sosial budaya serta bidang fotografi. Beliau tinggal lama di Indonesia kerana pihak berkuasa Malaysia mahu menangkapnya. [4][5]